3/9/09

pakaian muslimah

MENYARUNGKAN pakaian bersesuaian ke pejabat adalah penting kerana penampilan selekeh sedikit sebanyak menjejaskan imej syarikat, apatah lagi jika tugas seseorang itu memerlukannya berurusan dengan orang ramai.
Pakaian ke pejabat biasanya sederhana, kemas serta memudahkan pergerakan. Fesyen digayakan seharusnya tidak berlebihan atau terlalu menonjol.
Antara fesyen yang menjadi pilihan ialah pakaian formal dan kasual. Sama ada berpakaian warna polos atau corak, kesopanan perlu diutamakan.
Koleksi Kuntum di Taman Sri Gombak, Batu Caves, menyediakan pelbagai rekaan terkini dan terhad ke pejabat untuk muslimah.
Blaus polos diserikan kemasan bunga reben menyerlahkan gaya feminin, manakala blaus bercorak penuh bunga paisley memberi kelainan kepada gaya.
Berkemeja membuatkan seseorang kelihatan anggun manakala bagi yang ingin mudah dan cepat bersiap, kemeja-T ala blaus yang tidak perlu digosok adalah pilihan.
Tidak dilupakan, pakaian kurung semestinya ada dalam koleksi. Motif abstrak dengan rona ceria pasti membuatkan mood kerja lebih baik dan bersemangat.
Butik pakaian dan perhiasan diri itu turut menawarkan himpunan tudung manik sulaman tangan rekaan sendiri. Ia turut menerima tempahan sulaman manik tudung mengikut warna dan rekaan serta tempahan pakaian. Keterangan lanjut layari koleksi_kuntum@blogspot.com

No comments:

Post a Comment